Monday, December 15, 2008

Antara Sebab Saya Memilih PAS (3)


Pakej Fir'aun Dan Pakej Rasulullah

Semasa berbual-bual di hariraya, saya ditanya kenapa memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Sedangkan PAS susah nak dapat memerintah Malaysia. Dalam PAS sekarang pun macam ada masalah.

Jawapan saya, dalam sejarah mukabumi ini hanya ada dua pakej perjuangan. Pakej pertama ialah kemajuan kebendaan semata-mata, kehebatan duniawi semata-mata dan kebanggaan dari segi kekuasaan dan kekayaan. Pakej kedua ialah kemajuan bersepadu, kehebatan menyeluruh serta pelaksanaan syari'at Allah untuk kebahagiaan di dunia dan ketika di akhirat.

Pakej pertama dipelopori oleh Fir'aun, Numruz, Qarun dan lain-lain. Pakej kedua disampaikan oleh Para Rasul dan disambung oleh mereka yang patuh atau bersikap baik terhadap syari'at.

Saya sebagai muslim dan umat Para Rasul, khususnya Muhammad Rasulullah, maka saya mestilah patuh serta bersikap baik terhadap syari'at. Saya lihat wadah-wadah yang ada di Malaysia, hanya PAS yang mengemukakan pakej kedua tersebut. Justeru, saya memilih PAS sebagai wadah perjuangan sejak sebelum baligh lagi. Untuk memerintah Malaysia itu memang ada dalam jadual yang dikendalikan oleh Allah. Saya beriman penuh kepadaNYA.

Di zaman Rasulullah pun macam ada masalah juga. Contohnya, ada juga beberapa sahabat yang rasa tak puas-hati mengenai perjanjian Hudaibiyah dan ada yang berbeza pendapat mengenai beberapa perkara. Itu sebab diturunkan al-Qur^an. Mereka tetap patuh terhadap perjuangan.

Itu sahaja jawapan saya kepada yang bertanya. Kerana saya perlu beraya di tempat dan dengan orang lain pula.

----
Sumber:
Fakulti Siyasah Syar'iyah


No comments: