Monday, December 1, 2008

Antara Sebab Saya Memilih PAS (1)


Antara sebab saya memilih PAS:

"PAS memperjuangkan nilai-nilai yang bersifat kemanusiaan dan kesejagatan".

5 comments:

Pak Ngah La Balik.... said...

Salam..
Sebab apa saya sokong PAS? Setiap muslim kena hidup dalam berjemaah, bukan setakat sembahyang berjamaah, jadi dalam Malaysia ni cuma PAS satu-satu jemaah yang melakukan amal maaruf nahi munkar...w/aklam..

manjung mari

matcomot said...

salam........
benarkah PAS betul betul menghayati slogan " PAS FOR ALL ".

atau cuma golongan muda shj yang menghayatinya.........yang tua tetap dengan pemikiran ortodoks

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Wa'alaikumussalam,
PAS sebagai parti, saya kira memang FOR ALL. Tetapi, ahli dan penyokong mungkin ada yang tidak menghayatinya. Ada yang masuk, sokong atau undi PAS, tetapi tidak mampu menghayati PAS for all.
Pada saya, PAS for all, antara maksudnya yang luas, hendaklah berbaik sangka dan bekerjasama dengan parti-parti dalam PR. Saling menghormati dan menghargai. PAS for all, usah ada maksud PAS untuk Melayu semata-mata; dan jangan menganggap misi PAS hanya untuk muslim semata-mata. Allah tegaskan, Islam adalah rahmat untuk SEKALIAN ALAM. Kebaikan dan kebajikan Islam adalah untuk SELURUH MANUSIA.
Wassalam.

ANAK BAPAK said...

salam matcomot..

apa maksud PAS for All..

apakah ianya bermaksud PAS ikut vakap siapa sahaja untuk mendapat undi dan sokongan..??

sudah pasti lah tidak..kerana PAS 4 ALL adalah lahir dari dasar perjuangan pas itu sendiri yang menjadikan islam sebagai dasar dan kod etika perjuangannya..

melainkan manusia-manusia yang tidak pernah menyelidik dan mengkaji ataupun paling malaspun membaca sepintas lalu perlembagaan PAS..

maka sukalah saya nak bagi matcomot baca cikit (kalaupun mungkin baca tai terlupa) daripada mewarisi perangai abdullah bin ubai yang suka keluarkan kenyataan melaga-lagakan golongan muda dan tua ( kerja-kerja ini dah lama dibuat oleh abdullah bin ubai bin salul & co.)sedangkan abdullah bin uba pun tak sokong rasulullah cuma nak jadi batu ape aje..saya harap matcomot tidaklah...

renung sikit perlembagaan pas ini..

BAB YANG KEDUA ( Dasar dan Seruan ) ;

FASAL 3. Dasar PAS ialah ISLAM

FASAL 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR


BAB YANG KETIGA ( Tujuan, Usaha, Hukum dan Kekuasaan )

FASAL 5. Tujuan PAS ialah :-

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


FASAL 6. Usaha-usaha :-

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menajadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan oranga-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan padangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selamanya ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaumdi negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mecapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.


FASAL 7. ( Hukum dan Kekuasaan )

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

maka islam itu sendiri memperjuang dan memelihara hak setiap manusia yang bernaung dibawahnya..setiap muslim ada haknya dan non-muslim juga ada haknya..itulah yang islam perjuangkan dan itulah asalnya slogan PAS 4 All..islam untuk semua dan pas untuk semua..

lainlah kalau matcomot beriman kepada sisitem sekular atau purak-purak jadi pejuang islam islam atau jadi agent UMNO yg kecewa tak dapat terima kekalahan maka jalan terbaik merobohkan pakatan rakyat umumnya dan PAS khususnya islah meneruskan kerja-kerja abdullah bin ubai bin salul..

awas matcomot..

allah sudah ceritakan segala-galanya perangai macam ini dalam al-quran..tak percaya..baca terjemahan dan tafsir surah al-munafiquun..

wallahu a'lam.

Anonymous said...

PAS FOR ALL tapi kenapa tuduh UMNO kapir, peninglah