Monday, December 15, 2008

Antara Sebab Saya Memilih PAS (3)


Pakej Fir'aun Dan Pakej Rasulullah

Semasa berbual-bual di hariraya, saya ditanya kenapa memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Sedangkan PAS susah nak dapat memerintah Malaysia. Dalam PAS sekarang pun macam ada masalah.

Jawapan saya, dalam sejarah mukabumi ini hanya ada dua pakej perjuangan. Pakej pertama ialah kemajuan kebendaan semata-mata, kehebatan duniawi semata-mata dan kebanggaan dari segi kekuasaan dan kekayaan. Pakej kedua ialah kemajuan bersepadu, kehebatan menyeluruh serta pelaksanaan syari'at Allah untuk kebahagiaan di dunia dan ketika di akhirat.

Pakej pertama dipelopori oleh Fir'aun, Numruz, Qarun dan lain-lain. Pakej kedua disampaikan oleh Para Rasul dan disambung oleh mereka yang patuh atau bersikap baik terhadap syari'at.

Saya sebagai muslim dan umat Para Rasul, khususnya Muhammad Rasulullah, maka saya mestilah patuh serta bersikap baik terhadap syari'at. Saya lihat wadah-wadah yang ada di Malaysia, hanya PAS yang mengemukakan pakej kedua tersebut. Justeru, saya memilih PAS sebagai wadah perjuangan sejak sebelum baligh lagi. Untuk memerintah Malaysia itu memang ada dalam jadual yang dikendalikan oleh Allah. Saya beriman penuh kepadaNYA.

Di zaman Rasulullah pun macam ada masalah juga. Contohnya, ada juga beberapa sahabat yang rasa tak puas-hati mengenai perjanjian Hudaibiyah dan ada yang berbeza pendapat mengenai beberapa perkara. Itu sebab diturunkan al-Qur^an. Mereka tetap patuh terhadap perjuangan.

Itu sahaja jawapan saya kepada yang bertanya. Kerana saya perlu beraya di tempat dan dengan orang lain pula.

----
Sumber:
Fakulti Siyasah Syar'iyah


Tuesday, December 9, 2008

Penubuhan KEMPAS


Pagi tadi saya telah berbincang dengan Ar-Risalah dan bersetuju menganjurkan pertemuan bloggers PAS di suatu tempat yang belum ditentukan dalam kawasan Sungai Besar, Sabak Bernam. Pertemuan tersebut dijangka sebelum 9 Januari 2009, dengan menjemput blogger tersohor PAS yang juga menjadi Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.

Antara tujuan pertemuan ialah untuk menaja penubuhan Kelab Maya PAS (KEMPAS) dan melakar perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pertemuan tersebut adalah terbuka kepada siapa sahaja ahli dan penyokong PAS yang melibatkan diri dengan blog, sama ada sebagai pengunjung mahupun sebagai pengomen, sekalipun tidak mempunyai blog sendiri.

Sesiapa yang berminat untuk hadir hendaklah mendaftar kepada saya dengan meninggalkan nama, alamat dan nombor hp. Sertakan juga alamat blog, jika mempunyai blog sendiri. Pendaftaran boleh dibuat dengan:

1. Meninggalkan maklumat dalam ruangan komen entri ini;
2. SMS kepada 012 363 5658; atau
3. Email kepada: universiti.maya@yahoo.com

Semoga mendapat maklum.

Monday, December 8, 2008

Antara Sebab Saya Memilih PAS (2)


Antara sebab saya mimilih PAS:

"Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS adalah rahmat untuk SEKALIAN ALAM. Ke'adilan dan kebajikannya adalah untuk SELURUH UMAT MANUSIA."

Sekalian Alam = Apa jua yang berjenama makhluk.
Seluruh Manusia = Sesiapa saja yang berjenama manusia.

Monday, December 1, 2008

Antara Sebab Saya Memilih PAS (1)


Antara sebab saya memilih PAS:

"PAS memperjuangkan nilai-nilai yang bersifat kemanusiaan dan kesejagatan".

السلام عليكم ورحمة الله


Blog ini merupakan ruangan para ahli, penyokong dan penyimpati PAS untuk berbincang dan mengeluarkan pendapat mengenai apa jua isu yang berkaiatan dengan perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Ruangan ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang diskriminasi agama, keturunan atau bangsa, jantina dan status dalam masyarakat, asal saja telah baligh dan rakyat Malaysia. Pengendali ruangan ini adalah ahli tegar PAS berdaftar
sejak Jun 1968.

Semoga dapat memberi manfaat dan dimanfaatkan.

Tertubuh pada:
01 Disember 2008.